ape kate ABU BAKAR AS-SIDDIQ?
~~“Jika kalian mengharapkan berkah Allah, berbuatlah baik terhadap hamba-hamba-Nya.”
~~“Waspadalah terhadap kebanggaan, sebab kalian akan kembali ke tanah dan tubuhmu akan dimakan oleh cacing.”
~~“Patuhilah Aku selama Aku patuh kepada Allah swt dan Rasulullah saw, bila Aku tidak mematuhi Allah swt dan Rasulullah saw, maka jangan patuhi Aku lagi.”
ape kate UMAR AL-KHATTAB?
~~“Apabila tergelincir orang yang berilmu,maka tergelincirlah segenap alam makhluk.”
~~“Janganlah kecintaanmu dan kebencianmu berlebih-lebihan hingga sampai merosakkan.”
~~“Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya.”
ape kate ALI BIN ABI TALIB?
1. Perkara yang perlu ada bagi kepimpinan ialah sikap berlapang dada.
2. Orang yang paling bakhil dalam urusan hartanya ialah mereka yang terlalu pemurah menggadaikan maruah dirinya..
3. Orang yang paling jauh bermusafir ialah mereka yang sedang mencari seorang sahabat yang disukainya.
4. Seseorang hamba itu begitu jauh daripada Allah s.w.t. apabila mementingkan perut dan tuntutan nafsunya.
5. Takutlah kamu daripada berbuat maksiat pada makhluk Allah s.w.t. kerana sesungguhnya yang menyaksikan perbuatan tersebut adalah hakimnya.
6. Memberikan hujah kepada si jahil adalah mudah. Pun begitu apa yang susah ialah bagi si jahil tadi menerima hujah tersebut.
7. Letakkan rahsiamu pada seorang individu sahaja manakala mesyuarat hendaklah dimaklumkan kepada seribu orang.
8. Jadikanlah umurmu ibarat wang yang diberikan kepadamu. Sekiranya engkau tidak suka apa yang engkau belanjakan hilang begitu sahaja, maka hendaklah engkau tidak menghabiskan umur engkau dengan sia-sia.
9. Orang yang paling jahil adalah dari kalangan orang-orang jahil ialah mereka yang terjatuh ke dalam lubang binatang dua kali.
10. Orang mukmin yang sebenar tidak akan terkena sengatan binatang yang berada di dalam lubangnya dua kali.
p/s: sme2 muhasabah diri ye rakan2 pembace blog…mohon ALLAH memberi rahmat dan hidayah pd kite sume…amin…
-bOsS_nAQ a.k.a. SUPER ADMIN-